Era pasca–Perang Saudara Amerika Jeneral_Tentera_Darat

Lencana bahu General of the Army, dari tahun 1866 hingga 1872 dan sekali lagi secara singkat pada tahun 1888 (oleh Sheridan). Ini telah digunakan oleh Ulysses S. Grant, William T. Sherman, dan Philip H. Sheridan.Lencana bahu General of the Army, dari tahun 1872 hingga 1888 (ia digunakan oleh William T. Sherman sahaja).

Pada 25 Julai 1866, Kongres AS menzahirkan pangkat "General of the Army of the United States" untuk Jeneral Ulysses S. Grant. Gajinya adalah "400 dolar sebulan, serta elaun minyak dan tempat tinggal", kecuali "apabila markasnya di Washington, harus pada kadar 300 dolar sebulan."[4] (Gaji bulanannya disatukan dan elaun 700 dolar pada 1866 ialah menyamai $12,000 pada 2018). Apabila dilantik General of the Army, Grant memakai lencana pangkat empat bintang dan butang kot disusun dalam tiga kumpulan empat butang.

Tidak seperti pangkat Perang Dunia II dengan gelaran yang serupa, pangkat General of the Army tahun 1866 adalah empat bintang. Pangkat ini memegang hak dan kuasa mengikut cadangan 1799 bagi pangkat "General of the Armies", walaupun Grant tidak pernah dipanggil dengan gelaran itu.

Berbeza dengan pangkat moden Jeneral empat bintang, hanya seorang pegawai pada satu-satu masa boleh memegang pangkat General of the Army pada tahun 1866–1888. Selama beberapa bulan pada tahun 1885, semasa beliau sedang uzur, Grant telah mendapat penghargaan khas dan pangkatnya telah dikembalikan oleh undang-undang Kongres.

Selepas Grant menjadi presiden A.S., beliau telah digantikan sebagai General of the Army oleh William T. Sherman, berkuatkuasa 4 Mac 1869. Pada tahun 1872, Sherman mengarahkan insignia tersebut ditukar ke dua bintang, dengan lambang jata Amerika Syarikat di tengah-tengah.[2]

Dengan satu Akta Kongres pada 1 Jun 1888, gred ini telah dikurniakan pada Philip Sheridan, yang ketika itu sedang tenat. Pangkat General of the Army tidak lagi wujud dengan kematian Sheridan pada 5 Ogos 1888.[2]

Rujukan

WikiPedia: Jeneral_Tentera_Darat http://usmilitary.about.com/library/milinfo/armyor... http://articles.baltimoresun.com/1991-03-28/news/1... http://www.presidency.ucsb.edu/ws/index.php?pid=85... http://www.gpo.gov/fdsys/pkg/STATUTE-75/pdf/STATUT... http://www.gpo.gov/fdsys/pkg/STATUTE-90/pdf/STATUT... http://www.history.army.mil/faq/faq-5star.htm http://www.history.army.mil/html/faq/5star.html http://www.army.mil/usapa/epubs/pdf/r600_20.pdf http://handle.dtic.mil/100.2/ADA328220 http://handle.dtic.mil/100.2/ADA378445